Home

Saturday 18 August 2012

Aktivit Gotong Royong

       Pada isnin yang lepas,13 Ogos 2012 bersamaan 24 Ramadhan 1433, kami Badan Dakwah MTST telah mengadakan satu aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid sekolah kami. Aktiviti ini telah disertai oleh seluruh pelajar Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin hampir 191 pelajar.

       Aktiviti ini bermula selepas solat fadhu Asar dan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pengerusi Badar MTST. Seterusnya, aktiviti ini diteruskan dengan mengutip sampah disekeliling masjid.Tujuan utama kami mangadakan aktiviti seperti ini kerana kami ingin merialisasikan hadis nabi iaitu "Kebersihan Itu separuh daripada Iman.