Home

Sunday 28 October 2012

Nasihat SyeikhNuruddin Al-Banjari kepada penuntut-penuntut ilmu –moga dijadikan iktibar-

IRSYADAT AL FADHIL

Petikan ucapan sulung al-FadhilSyaikh Muhammad Nuruddin hari pertama pengajian di kelas al-Ma'hadul ‘Ali Lit Tafaqquh Fiddin Derang, Kedah – pada hari Isnin 9 Ramadhan 1419H bersamaan 28 Disember 1998 M.)

ü  Jangan tersilau dengan gelar PhD atau MA dan sebagainya.
 Penubuhan al Ma’hadul 'All Littafaqquh Fiddin ini untuk mendapat redha Allah dan membawa misi dan visi Nasratu Dinillah Taala dan adda‘ watuilallah Menuntut ilmu untuk menolong agama Allah, bukan untuk sijil, syahadah atau untuk dunia serta pangkat.

ü  Terlalu murah kalau dengan ilmu hanya untuk mendapat gaji lumayan. Kalau belajar hanya untuk duit akan terhenti dengan duit, dapat duit tinggal ilmu.
ü  Tanggungjawab kitalah terhadap ilmu di tanahair khususnya dan seluruh dunia umumya.Siapkan diri untuk berkorban demi ilmu, agama. Ilmu untuk agama dan akhirat.
ü  Bekerjalah untuk Islam, jangan biarkan musuh Islam mengukut tanah umat Islam dikeranakan ulama kita tidur sedang kita asyik bertengkar sesame sendiri.
ü  Jadilah 'abidanlillah (hambakepada Allah jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). Menuntut ilmu harus ikhlas baru berkat.
ü  Berakhlaklah dengan guru yang kita mengaji dengannya. Mohon restu guru, dekati dan damping mereka merupakan kunci dan rahsia keberhasilan.
ü  Hormatilah kitab-kitab, susundenganbaikdanterhormat, jangan letak sesuatu di atas kitab, membawa kitab jangan seperti menentengikan sahaja, dakapkan kitab ke dada.
ü  Akhlak juga harus besarsebagaimana besarnya kitab-kitab yang kita pelajari dan beramallah, jangan sampai belajar di kelas Tafaqquh tapi tak berminat untuk beramal.
ü  Saya bukan seperti kebanyakan guru silat yang menyimpan langkah-langkah atau jurus-jurus maut yang mematikan dari diketahui murid-murid.